Anakku Abbas, bonda kita Fatimah dilahirkan pada hari Jumat, 20 Jumadil akhir di Mekkah, tahun kelima setelah kerasulan Nabi Muhammad saww, atau sekitar tahun 614 M (menurut tradisi Syi'ah) atau tahun 606 M (menurut Sunni). Tempat baginda dilahirkan ialah di rumah ayah dan ibunya. Beliau AH wafat pada tahun ke-11 Hijriyah, enam bulan setelah wafatnya Rasulullah saww, dan dimakamkan secara rahasia di Pemakaman Baqi', Madinah.
Kalian berdua berkongsi ulang tahun, dan aku amat mencintaimu anakku. Moga-moga kau mengikut jejak para Imam serba-serbi. Kenallah para ahlul bait Nabi. Itulah jalan selamat. Bukan lain. Diriwayatkan daripada Jabir anakku, beliau berkata: “Aku mendengar Abu Jaafar a.s. berkata: “Sesungguhnya orang-orang yang mengenali Allah dan ImamNya dari kalangan kami Ahlul Bait sahaja yang mengenali Allah dan tidak mengenali Imamnya dari kalangan kami Ahlul Bait sebenarnya ia mengenalinya dan menyembah selain dari Allah. Demi Allah! Begitulah cara mereka sesat.”
1 comment:
salam..
comelnya Abbas!!
Post a Comment