Suatu nama yang sering menceriakan, Eidul Fitri disambut oleh umat islam diserata dunia sebagai, menurut pendapat ramai, kejayaan meraikan sempurnanya ibadah Ramadhan yang dilaksanakan selama sebulan. Eidul Fitri, menurut mereka, adalah hari kemenangan melawan godaan hawa nafsu yang dilalui umat islam selama menjalani ibadah puasa Ramadhan.
Namun, Eidul Fitri yang bermaksud kembali kepada Fitrah sebenarnya mempunyai maksud yang jauh lebih mendalam daripada yang dinyatakan di atas. Allah berfirman di dalam kitabNya:
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut Fitrah itu. Tidak ada perubahan pada Fitrah Allah. (itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Ar-Rum: 30)
Kata Fitrah di dalam ayat di atas berasal daripada kata akar Fathir, salah satu daripada nama Allah yang bermakna mencipta tanpa contoh. Nama puteri tercinta Nabi Saaw, Fathimah juga berasal dari kata akar Fathir. Ini bermakna, Fathimah adalah Fitrah yang dengannya manusia itu diciptakan. Fathimah adalah ibu yang menurutnyalah manusia wujud.
Tatkala Nabi Saaw, yang oleh Al-Quran dinyatakan sebagai : “Ucapannya itu tiada lain melainkan wahyu yang diwahyukan (kepadanya)” (Surah An-Najm: 4.) Berbicara tentang Fathimah, Baginda bersabda: “Fathimah adalah ibu kepada ayahnya” (Al Istia’ab, Ibn Abd Barr) yang bermaksud bahawa Fathimah adalah Fitrah yang wujud sebagai ibu di dalam kewujudan Rasulullah Saaw itu sendiri. Dan seperti itulah juga bagi setiap manusia lainnya, kewujudan Fathimah adalah Fitrah yang terpendam di dalam jiwa-jiwa mereka tetapi “kebanyakan manusia tidak menyedarinya” (Surah Ar-Rum: 30.)
Lantaran itu, Eidul Fitri ataupun kembali kepada Fitrah bermaksud kembali kepada Fathimah, iaitu kembali kepada menghidupkan pendaman keibuan yang ditanamkan ke dalam jiwa manusia sejak awal penciptaannya.
Persoalannya, bagaimana seseorang itu dapat kembali kepada Fathimah dan apakah kaitan Eidul Fitri dengan puasa Ramadhan? Imam Sadiq a.s berkata: “Fathimah adalah Lailatul Qadar, barangsiapa yang mengenali Fathimah dengan hak makrifatnya, pasti mengetahui Lailatul Qadar.” Lailatul (malam) tertulis di dalam bentuk mu’annas (feminin) yang mana huruf Ta’nis membawa erti wahdat dan merujuk kepada Hazrat Fathimah a.s. Maka bagi mereka yang telah mengenal makrifat Fathimah, pasti akan bertemu dengan malam Qadar, dan mereka yang bertemu dengan malam Qadar pula, pasti akan terbuka pendaman-pendaman Fitrah di dalam hati-hati mereka dan hiduplah Fathimah di dalam jiwa-jiwa mereka. Maka bergembiralah mereka dengan Eidul Fitri kerana mereka telah pun kembali kepada Fitrah. Allah berfirman di dalam kitabNya : “Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah?” (Surah Al-Baqarah: 138.)
Bertanyalah kepada diri sendiri, apakah kita benar-benar telah mengenali makrifat Fathimah yang melayakkan kita untuk bergembira menyambut EIDUL FITRI?

No comments:
Post a Comment